Sunday 5 August 2012

Kembali Berblog

aku jenis tak seberapa reti dalam mengenalkan diri dan memulakan sesuatu, untuk post yang pertama ini, aku sendiri tak tahu nak ceritakan apa. merasakan awkward untuk menulis. terus membuatkan aku tertanya, macam mana first time blogger-blogger buat post diaorang. 
memulakan kembali menjadi blogger
motif aku balik berblog adalah aku ini jenis banyak bercerita, banyak khayalan, dan banyak benda pelik selalu terjadi dekat aku. aku merasakan lebih baik aku luahkan semua ini dekat blog dan kongsi dengan blogger/reader lain. mana la tahu, Yusof Haslam berminat nak buat filem dengan cerita khayal hasil karya aku dalam blog aku ini. haha.

sebelum ini aku pernah berblog dalam empat tahun yang dulu dan aku tutup blog aku disebabkan kesibukan aku dan blog dibiarkan bersawang tanpa update apa-apa cerita. setelah sekian lama, aku mula berblog balik.

sekarang ni berblog semudah mengunyah kacang paket. tak perlu untuk pecahkan kulitnya lagi. bukak paket dan terus telan. berbeza masa aku dulu berblog. setiap apa-apa penambahan script, gadget dan design perlu coding secara manual hampir 100%. sekarang ni banyak contributor yang murah hati memberi guide kepada mereka yang mahu berblog. 

feature blog sekarang ini dah berbeza, menjadi lagi mudah. design blog ini pun aku ambil kurang daripada 3 jam. jadi senang giler. 

aku cuba mencari blog-blog yang selalu aku baca dulu tapi kebanyakannya dah tutup. kalau tak tutup pun, dah tak update lagi. cuma ada sikit sahaja yang masih berblog, jadi, aku bermula balik dari kosong dengan tanpa reader dan blogger yang aku kenal.

apa-apa pun, selamat kembali. 

10 comments:

Ety said...

yeah ! selamat kembali :)

keep on posting okay.

Nak bgi semangat ni, jadi 2nd follower. Yay ! :)

Salam perkenalan :)

khairul akmal bin azman said...

welcome back!
pelan2 kayuh beb..
gua main blog lepas geram je kat sini..

Unknown said...

yeay2, welcome back ! hehe

iEdA said...

welcome back ^_^

Hans Hanis said...

blog yang dulu dah delete ke?
apa2pun selamat berblog dan terima kasih la sudi komen dekat blog saya yang entah apa2 tu :-)

Hans Hanis said...

aelinkent? xada facebook ke?

inche hlovate said...

selamat kembali ke dunia blogging :)

ika said...

welcome back...:)

anamizu said...

aelinkent--- salam kenal :)
errrr dan lagi mesra reader
kalo awak remove word verification
untuk komen. mesti lagi ohsem! :)






cik ana.

Errah Najwa said...

selamat berblog kembali..