Wednesday 15 August 2012

Budak Cemerlang

Aku melihat sekumpulan student berfoya-foya ponteng sekolah area Bukit Bintang, mungkin mencari kebebasan dan disebabkan budak setahun jagung itulah aku teringat pesanan cikgu-cikgu aku dahulu di sekolah.

" Mesti belajar sungguh-sungguh, nanti hidup masa depan akan senang, hidup berjaya. kalau tidak, jangan menyesal di kemudian hari"

Bagi aku, inilah kata-kata keramat paling utama yang merosakkan hidup ramai budak hingusan disekolah. Ayat ini bagi aku seperti sumpahan yang lebih dahsyat daripada sumpahan Mahsuri. At least, sumpahan mahsuri untuk 7 keturunan sahaja. sumpahan ayat diatas ini seolah-olah mengambarkan boleh habis semua keturunan kau kalau tak belajar bersungguh-sungguh di sekolah. 

Kalau difikirkan balik, matlamatnya belajar sungguh-sungguh di sekolah adalah untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam kertas ujian. tak kurang dan tak lebih dari itu. Namun, ada sesetengah manusia sampai beriman bahawa penentu rezeki manusia adalah SPM. Sijil Keramat yang akan menentukan kekayaan kemiskinan seseorang.

Ini adalah penipuan terbesar di Malaysia, SPM punca kesenangan dan kesusahan, perjalanan seorang insan dalam mencari rezeki bermula selepas SPM. adalah tidak adil penilaian kebanyakan guru sekolah menyatakan budak yang bermasalah itu akan hancur masa depannya. Tanggapan bahawa, cemerlang SPM akan cemerlang masa hadapan adalah salah satu illusi yang diterapkan oleh Mak Bapak kepada anak-anak mereka. 

Salah satu perkara yang membuatkan aku kurang hormat pada ramai cikgu disekolah di zaman ini apabila aku menonton ramai cikgu yang menjualkan ilmu. Serupa sahaja bagi aku seperti menonton filem lucah jepun melihat adegan guru seperti ini. Pelacuran Ilmu


Ini bukanlah gambar pelacuran ilmu, sekadar cikgu impian dalam kelas


Definisi "Sekolah"

Sekolah pada awalnya merupakan sebuah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. meskipun ilmu yang diajar adalah ilmu cara-cara mengorat anak dara orang sekalipun asalkan ia diajar disebuah tempat khusus ia tetap dipanggil sekolah. 

Sekolah yang ada pada zaman sekarang ini adalah sekolah untuk melatih golongan profesional dan korporat. Tidak kira sesiapapun, meskipun budak itu lembab labi-labi otaknya. Dia mesti dilatih untuk menjadi golongan-golongan elit ini. budak yang tidak pandai akan di biarkan dan fokus kepada budak yang pandai sahaja. Sekolah tidak lagi menjadi tempat sebagai untuk membentuk survival skill dan menjadi orang yang berguna pada masyarakat.

Apatah lagi zaman sekarang ramai orang yang nak jadi cikgu disebabkan nak kerja dan dapat duit. mencurahkan ilmu sebagai niat sampingan. jadi wujudlah cikgu jadian, cikgu jadian adalah cikgu yang memperhambakan diri dengan duit tapi berselindung atas murni nama "Pendidik". 

Tiada lagi keikhlasan dan kesungguhan dalam membentuk budak-budak ajar menjadi orang yang baik dan berguna. Dicurah penat keringatnya semata-mata untuk membentuk budak mendapatkan A++ dalam subjek yang diajar beliau. mudah-mudahan, ini boleh manjadi batu loncatan pada beliau boleh mendapat kenaikan pangkat dan gaji supaya dapat membeli Iphone 4 untuk ditayangkan pada pak guard sekolah. 

"wow, akulah cikgu paling style.. seorang bergaya, orang hormat dengan aku, murid cemerlang, kereta mewah, dan rumah besar. mesti rakan-rakan sekerja aku dengki dengan aku" bicara sendirian Awang merupakan seorang cikgu di sekolah rendah alor gajah.

Awangpun pun bersuara "murid-murid, belajarlah bersungguh-sungguh. siapa yang malas, gelaplah masa depan dia"

Hakim si kemetot dari kelas 1 Malaysia pun angkat tangan " cikgu, kita belajar bersungguh-sungguh ni untuk jadi apa ya"

lalu Awang menjawab soalan dengan gahnya " untuk menjadi engineer ke? lawyer ke? ataupun jadi cikgu seperti cikgu ini, dengan ini baru jadilah orang yang berguna"

Hakim dengan naluri kanak-kanaknya pun menyoal cikgunya lagi " kalau semua orang jadi lawyer, engineer, cikgu, dan doktor, siapa nak jadi tukang kutip sampah cikgu?"

Awang merasakan bahasa Hakim ini lembab kura otaknya " mana ada orang nak kerja macam tu Hakim, tu semua orang yang gagal, bagi mat indon saje "

Hakim merasakan pelik lalu bertanya " kalau begitu, mak cikgu lagi tak guna dan gagal banding tukang kutip sampah sebab mak cikgu jadi suri rumah, kerja tiada gaji, duduk rumah sahaja," di ikuti hilaian tawa Hakim

Awang pun terkedu sehinggu sakit hulu hempedu akibat karenah Hakim. Ingin saja Awang melempar kerusi kayu pada Hakim, namun beliau mesti jaga statusnya sebagai cikgu terbaik di sekolahnya itu.

"Orang yang berguna adalah apabila orang itu tidak menyusahkan orang lain dalam hidupnya, tidak menzalimi dirinya sendiri malahan bermanfaat pada orang sekelilingnya"

6 comments:

Hans Hanis said...

yups teringat waktu aku sekolah dulu
kelas kitaorang tak ditaruhkan harapan tapi alhamdulillah kelas kitaorang muncul antara kelas terbaik dkt sekolah :_)

khairul akmal bin azman said...

maksud tersirat..
byk yg kene perbetulkan persepsi masyarakat..

anamizu said...

ha todia amek kaw jwpn..
tula kan. persepsi tu kdg2
yg train otak kita nih.
dah terbiasa.. hurmm







slm lebaran,
cik ana

khairul akmal bin azman said...

ko de bakat menulis cerpen la beb.

Unknown said...

good entry ni!!!

Hans Hanis said...

menanti entry seterusnya :-)